Kategori PRK DUN Kajang N25

PRK Kajang: Wan Azizah menang, Mei Fun kurangkan majoriti PKR

23 MAC: Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail muncul sebagai wakil rakyat baru bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang setelah keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan diumumkan oleh Pegawai Pengurus, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman jam 9.05 malam, Ahad.

Bagaimanapun calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun berjaya mengurangkan majoriti PKR berbanding Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) yang lalu.

WAN AZIZAH...ADUN PKR baru N25 Kajang.
WAN AZIZAH…ADUN PKR baru N25 Kajang.

Dr Wan Azizah, yang juga Presiden PKR menang dengan majoriti 5,379 undi apabila meraih 16,741 undi manakala Mei Fun, Naib Presiden MCA, memperolehi 11,362 .

Pada PRU-13 yang lalu, bekas ADUN PKR Kajang yang meletak jawatan, Lee Chin Cheh memperoleh 19,571 undi dan menang dengan majoriti sebanyak 6,824.

Manakala Calon BN ketika itu, Lee Ban Seng menerima 12,747 undi, sementara Mohamad Ismail (Berjasa) 1,014 undi dan tiga calon Bebas lain mendapat kurang daripada 250 undi.

Sejumlah 72 peratus pemilih berdaftar DUN Kajang keluar mengundi pada PRK kali ini, kurang 8 peratus daripada sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Peratus keluar mengundi pada PRU-13 lalu bagi adalah  88.4 peratus.

MEI FUN...berjaya menangi semula hati sebahagian pengundi DUN Kajang untuk kembali menyokong BN.
MEI FUN berjaya menangi semula hati sebahagian pengundi DUN Kajang untuk kembali menyokong BN.

Lee mengosongkan kerusi DUN Kajang pada 27 Januari tanpa memberikan sebarang alasan dalam suratnya kepada Speaker DUN Selangor Hanna Yeoh.

Bagaimanapun punca perletakan jawatan beliau diketahui sebagai bagi memberi laluan kepada rancangan “Kajang Move” atau ‘Langkah Kajang’ yang dirancang PKR hasil ilham Pengarah Strategi parti itu Rafizi Ramli.

Antara matlamat utama “Kajang Move” dikatakan bagi membolehkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri  Anwar Ibrahim, yang asalnya calon PKR di PRK Kajanag membina tapak kukuh untuk melangkah ke Putrajaya sebagai menjadi perdana menteri, dengan sebelum itu terlebih dahulu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Anwar bagaimanapun terpaksa digantikan oleh isterinya Dr Wan Azizah setelah beliau hilang kelayakan bertanding kerana Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu mensabitkan beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 March 2014 9:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: