Kategori PRK DUN Kajang N25

Poster PKR berunsur hasutan, tiada kaitan calon diturunkan

21 MAC: Kurang 48  jam menjelang tamat tempoh kempen, kira-kira 200 kain rentang serta 10 papan iklan kempen PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang diturunkan oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis kerana didakwa mempunyai unsur hasutan.

Operasi menurunkan bahan kempen PKR itu dilapor dilaksanakan sekitar jam 5 petang Khamis, dan berterusan sehingga jam 3 pagi Jumaat.

Difahamkan, terdapat dua kain rentang PKR yang dikatakan sensitif dan berbaur hasutan.

Poster PKR diturunkanSatu darinya memaparkan wajah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebalik jeriji besi di sebelah kiri kain rentang tersebut bersama wajah sugul Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga isteri Anwar di sudut sebelah kanan dengan cetakan slogan “You’re Never Walk Alone” di bawahnya.

Tindakan SPR dan anggota polis itu dipertikaikan Timbalan Ketua Penerangan PKR, Sim Tze Tzin.

“Apa yang hasutan dan provakatif? Ia hanya memaparkan seorang isteri yang setia bersedih dengan nasib yang dialami suaminya,” kata Sim pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR, di Sungai Sekamat, Kajang, Jumaat.

Selain kain rentang itu, satu lagi kain rentang yang memaparkan wajah Anwar  turut diturunkan.

SPR ketika menjawab bantahan yang dikemukakan berkata, gambar Anwar tidak dibenarkan dipapar di kain rentang tersebut memandangkan Anwar bukanlah calon dalam PRK DUN Kajang  Ahad nanti.

Chew Mei CatDalam pada itu PKR menyelar perbuatan khianat pihak tertentu yang menyimbah cat merah di beberapa papan iklan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Paduka Chew Mei Fun.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, perkara itu disedari dan dimaklumkan sendiri oleh Dr Wan Azizah kira-kira jam 9.00 pagi tadi.

Bagaimanapun katanya, PKR sentiasa mengingatkan para petugas parti itu agar mempunyai disiplin yang tinggi dan tidak mengamalkan politik kotor atau ganas semasa berkempen.-bnbbc.my

Cat Mei Fun

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 March 2014 3:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: