Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Produk Dutch Lady disahkan selamat

28 FEB: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan semua produk Dutch Lady adalah selamat.

Dutch Lady Malaysia Berhad dalam satu kenyataan berkata kesemua produk mereka disahkan memenuhi piawai keselamatan makanan domestik dan antarabangsa.

“Keputusan makmal KKM adalah 100 peratus selaras dengan ujian bebas Dutch Lady Malaysia yang dijalankan oleh makmal-makmal yang diakreditasi di Malaysia dan Singapura.

“Penyiasatan yang dijalankan oleh Dutch Lady seterusnya mengesahkan bahawa hanya produk Dutch Lady yang sahih sahaja dijual di pasaran, ”kata Pengarah Urusannya, Tarang Gupta.

Sebelum ini, tular di media sosial bahawa salah satu produk Dutch Lady menyebabkan alahan pada bayi yang meminum susu berkenaan.

Susulan itu, syarikat itu melakukan ujian persendirian dan turut menghantar ke makmal KKM.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 February 2018 3:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: