Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Program Khas Haji Perdana Menteri taja 5,000 jemaah

5 JULAI: Lebih 5,000 jemaah haji menerima manfaat daripada tajaan Program Khas Haji Perdana Menteri yang diperkenalkan sejak tujuh tahun lalu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Walaupun mencapai matlamat, kita akan teruskan program ini, semoga lebih ramai dapat menunaikan Rukun Islam kelima ini, Insya-Allah,” kata Perdana Menteri menerusi catatan Facebooknya, hari ini.

Pada masa yang sama, Najib turut melahirkan rasa syukur apabila impian kerajaan untuk membawa ramai pemimpin di peringkat akar umbi untuk menunaikan ibadah haji tercapai.

Menurutnya, golongan akar umbi seperti imam, bilal, kakitangan kerajaan, pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta pesara guru banyak menyumbang kepada masyarakat tetapi kurang berkemampuan.

Sementara itu, bagi Program Khas Haji Perdana Menteri tahun ini, dianggarkan 1,100 rakyat Malaysia berpeluang menunaikan ibadah haji musim ini.

Mengikut rekod program berkenaan seramai 111 orang diberi peluang pada 2011 dan 400 orang pada 2012.

Bagi tahun 2013 adalah 776 orang, 984 orang (2014), 1,181 orang (2015) serta 1,090 orang diberikan peluang pada tahun lalu untuk menunaikan ibadah haji.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 July 2017 3:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: