Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Projek Melaka Gateway demi kemajuan negara

21 APRIL: Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Razak menepis dakwaan pembangkang bahawa pembangunan Melaka Gateway adalah projek menambah hutang negara.

Beliau juga menegaskan negara tidak akan hilang kedaulatan melalui pelaksanaan projek pelabuhan itu disebabkan ianya dibina di bumi Malaysia serta berada dalam tangan negara ini sendiri.

Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan projek Melaka Gateway pada 7 Februari lalu.

“Tun Dr Mahathir Mohamad dakwa projek Melaka Gateway ini menyebabkan kita hilang kedaulatan dan menambah hutang negara. Sejak bila pelaburan dari luar negara menyebabkan kita kehilangan kedaulatan?.

“Projek ini untuk kesejahteraan rakyat dan negeri Melaka. Tak payah dengar sangat pembangkang yang kadang-kadang tidak ada logik dengan apa yang dia cakap dan ini semua akal daripada pihak pembangkang,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh, Jumaat.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Naim Abu Bakar, barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka serta kira-kira 10,000 penjawat awam di negeri ini.

Tegas Najib, projek yang dilancarkan oleh beliau pada 7 Februari lalu melibatkan projek swasta serta dibangunkan oleh syarikat dalam negara.

“Tanah yang ditebus bukan mengambil tanah rakyat dan bukan ambil tanah orang kampung, tanah yang kita reclaim. Singapura reclaim jual pada orang, Dubai reclaim jual pada orang .

“Di Dubai tu padang pasir pun boleh jadi metropolis yang hebat di dunia. Mengapa Melaka tidak boleh dan mengapa Malaysia tak boleh?,” kata beliau lagi.

Melaka Gateway merupakan projek inisiatif swasta merangkumi pembangunan bercampur di atas empat pulaubuatan yang diiktiraf sebagai projek nasional Bidang Ekonomi Utama Negara.

Antara cadangan pembangunan yang akan dilakukan di situ selain terminal penumpang kapal persiaran antarabangsa di Pulau Melaka East 1 adalah bandar komersial di Pulau Melaka East 2, terminal pukal cecair di Pulau Melaka East 3 dan terminal pelbagai guna termasuk kontena serta taman industri maritim di Pulau Melaka East 4.

 

 

Share This:




Berita Bertarikh pada 21 April 2017 5:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]