Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Projek terowong laut: 11 lagi beri keterangan

13 JAN: Seramai 11 lagi saksi dipanggil bagi membantu siasatan berhubung projek terowong dasar laut yang dibangunkan kerajaan Pulau Pinang.

Jumlah itu menjadikan sebanyak 31 saksi sudah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki  dilaporkan berkata siasatan kes dibuat kepada semua aspek dan secara adil.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada pihaknya sudah menemui bukti-bukti baharu dalam proses siasatan.

“Biarlah kami jalankan siasatan secara terperinci dan mengenal pasti sama ada wujud elemen rasuah dan salah guna kuasa seperti yang didakwa,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 January 2018 11:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: