Kategori Berita Utama

Propaganda Mahathir: Anak-anak kaya tapi rayu derma

15 FEB: Musykil apa agenda sebenar Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila dalam videonya merayu derma orang ramai untuk perjuangan partinya?

Sedangkan semua mengetahui hakikatnya kekayaan anak-anaknya tidak dapat disorok.

Adakah Tun Mahathir sengaja cuba mengalihkan perhatian rakyat sekaligus menyembunyikan anak-anaknya hidup dalam keadaan yang serba mewah.

Pengerusi Gabungan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar menyifatkan tindakan Pengerusi PPBM itu sebagai propaganda murahan untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Tindakan mutakhir oleh Tun Mahathir ini dilihat sebagai satu usaha menarik simpati rakyat Malaysia untuk mengundi PPBM. Namun rakyat bijak membaca taktik ini dan tidak sesekali terpedaya dengan permainan politik murahan sebegini.

“Harus diingat penggunaan jet persendirian oleh Tun Mahathir turut dilihat bahawa PPBM tidak memerlukan bantuan kewangan daripada rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Zulkarnain juga berkata, umum mengetahui melalui terbitan Forbes bagi keluaran 2017 anak Mahathir, Mokhzani merupakan tujuh individu Melayu terkaya di Malaysia.

“Mokhzani menduduki tempat ke-34 individu terkaya bagi seluruh rakyat Malaysia dengan nilai harta USD420 juta ataupun RM1.7 billion.

“Ini tidak termasuk Mirzan Mahathir yang juga bekas ahli lembaga pengarah arak terbesar di filipina iaitu Sun Miguel.

“Persoalan yang timbul sekarang sehingga menjadi perdebatan umum bagaimana anak-anak Tun boleh menjadi kaya sebegini,” dedahnya.

Beliau mengulas rakaman video Mahathir berdurasi dua minit 45 saat dimuat naik di laman sosial Youtube semalam yang merayu orang ramai memberikan sumbangan kepada PPBM untuk menjatuhkan kerajaan kleptokrasi.

Selain Mahathir, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut terpampang merayu kepada orang dalam rakaman video berkenaan.

 

Bagaimanapun Zulkarnain menggesa Mahathir agar menghulur bantuan kepada ibu tunggal, anak yatim dan pelajar miskin menggunakan kekayaan anak-anaknya.

“Beliau tidak sepatutnya membuat retorik kononnya meminta sumbangan derma untuk membantu PPBM bagi menumbangkan kerajaan sedia ada, sedangkan anak-anaknya mempunyai kekayaan luar biasa,” katanya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 February 2018 11:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: