Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PRU-14: DAP dakwa PAS akan bersama UMNO

12 NOV: DAP menganggap PAS akan bersekutu dengan BN dalam pilihanraya umum ke-14.

Tegas Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, ia bertujuan untuk menentang Pakatan Harapan (HARAPAN)

“Kita lihat PAS sudah berubah wajah dan sekadar jadi rakan kuat UMNO dan BN sehingga dijangka bersekutu dengan BN untuk lawan Pakatan,” kata beliau semasa ucaptama Kongres Khas DAP 2017 di Shah Alam, Ahad.

PAS dan DAP sebelum ini menjalinkan kerjasama dalam dua pilihan raya umum pada 2008 dan 2013 sehingga terbentuknya Pakatan Rakyat.

Gabungan tersebut akhirnya berpecah pada Jun 2015 dan DAP bersama PKR dan PAN menubuhkan HARAPAN, sementara PAS menubuhkan Gagasan Sejahtera bersama IKATAN dan BERJASA.

Dalam pada itu, Guan Eng terus mempertahankan bapanya yang digambarkan sebagai bahaya kepada orang Melayu.

“Lim Kit Siang digambarkan sebagai ahli politik yang paling dibenci dalam sejarah Malaysia semata-mata mereka mahu DAP dilihat sebagai racun dan bisa kepada pengundi Melayu,” dakwa Ahli Parlimen Bagan itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 November 2017 1:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: