Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Hasrat Hindraf tanding di bawah HARAPAN

26 NOV: Hindraf akan berunding dengan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14  menggunakan logo gabungan pembangkang itu.

Pengerusinya, P Waythamoorthy juga berharap mereka akan diberikan kerusi yang tidak boleh dimenangi pakatan itu.

“Kerusi yang mereka kalah sebelum ini, yang mereka tak boleh menang, berikan kami peluang kerana itu akan berikan isyarat kepada akar umbi India, kita akan menjadi wakil dalam pakatan itu.

“Di mana-mana saya pergi, mereka tanya saya, PPBM adalah parti berasaskan Melayu, PAN parti Melayu Muslim, PKR dan DAP adalah parti pelbagai kaum, tetapi mereka tak mampu untuk mengambil hati masyarakat India bawahan,” lapor FMT.

Pada masa sama, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata Hindraf sudah menghantar permohonan untuk mendaftar sebagai sebuah parti, tetapi beliau menjangkakan ia tidak akan diluluskan.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 November 2017 3:59 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: