Kategori Berita Utama

PRU-14 tangguh ke tahun depan?

7 JUN: Pilihanraya umum yang dipercayai akan diadakan pada Oktober ini berkemungkinaan tidak menjadi kenyataan dan terpaksa ditangguhkan sehingga tahun depan.

Penangguhan itu dibuat kerana Presiden China, Xi Jinping bakal mengadakan lawatan kerja ke Malaysia pada Oktober depan.

“Semasa lawatan kerja Presiden China di negara ini, perdana menteri dan jemaah kabinet perlu hadir. Oleh itu, parlimen tidak boleh dibubarkan.

“Oleh itu, PRU-14 berkemungkinan diadakan selepas Tahun Baharu Cina tahun depan iaitu pada Mac 2018,” kata sumber kepada Sin Chew Daily.

Selain itu, perkembangan politik serta kewangan semasa negara juga memainkan peranan sama ada pilihanraya umum di adakan pada tahun ini atau tidak.

Sebelum ini, Najib pernah membayangkan PRU-14 kemungkinan jatuh pada September atau Oktober ini dan jika tidak berlaku, ianya akan berlangsung pada tahun depan.

Share This:




Berita Bertarikh pada 7 June 2017 10:16 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]