Kategori Berita Antarabangsa

PRU UK dijangka sengit

22 MEI: Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri Theresa May turun separuh kepada cuma sembilan peratus mengatasi Parti Buruh dalam tinjauan sokongan dibuat oleh telefon Survation.

Ia menjadi petanda persaingan semakin sengit menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) United Kingdom pada 8 Jun ini.

Tinjauan yang disiarkan hari ini menunjukkan Konservatif memperoleh 43 peratus sokongan, menurun lima mata daripada tinjauan pada 15 Mei lalu, dengan Buruh berada dalam kedudukan 34 peratus, peningkatan lima mata.

Kajian diadakan pada 19 dan 20 Mei selepas manifesto kedua-dua parti disiarkan, lapor Reuters.

Walaupun Konservatif kekal mendahului pencabarnya yang berhaluan kiri itu, beberapa tinjauan lain menunjukkan jurang semakin rapat, menandakan jangkaan Konservatif untuk menang besar mungkin perlu dikurangkan.

Menteri kanan Konservatif, semalam mempertahankan cadangan mengurangkan bantuan ditawarkan kepada pengundi warga emas di sebalik kebimbangan ia boleh menjejaskan sokongan dalam kalangan warga tua, pemilik rumah yang kaya raya iaitu sumber utama undian untuk Konservatif.

Tinjauan menunjukkan responden berkemungkinan berkata Buruh, berbanding Konservatif, mempunyai dasar terbaik kepada warga tua dan pesara, selain penduduk muda dan perkhidmatan penjagaan kesihatan ditanggung kerajaan.

Parti Konservatif dilihat lebih kuat dari segi ekonomi dan proses Brexit.

May mengadakan pilihan raya awal untuk menambah 17 kerusi majoriti di Parlimen dan mendapat mandat awam bagi merundingkan strategi ketika Britain bersedia memulakan rundingan meninggalkan Kesatuan Eropah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 May 2017 10:27 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: