Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PRU14: Batu Pahat kembali kubu kuat BN

9 APRIL: Barisan Nasional (BN) tidak berdepan kesukaran untuk merampas kembali kerusi Parlimen Batu Pahat sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru.

Keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk menggunakan logo PKR sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada ‘pengundi otai’ DAP.

Ditambah pula dengan penyertaan PAS yang dilihat sedikit sebanyak akan menarik kembali pengundinya yang sebelum ini membantu kemenangan calon PKR.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Achmad Dzarien, berkata situasi ini pastinya memberi kelebihan kepada calon BN.

“Saya yakin BN mampu merampas kembali Parlimen Batu Pahat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti berdasarkan situasi ini.

“Penggunaan logo PKR sedikit sebanyak memberi kesan khususnya kepada pegundi-pengundi lama ataupun penyokong totok DAP yang mengundi berdasarkan kepada logo yang tertera dikertas undi.

“Agak sukar untuk PH mengekalkan kerusi Batu Pahat kerana kehadiran PAS yang akhirnya akan memecahkan undi mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada PRU13 lalu Datuk Mohd Idris Jusi memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Kemungkinan besar PH sekali lagi akan mempertaruhkan Mohd Idris bagi mempertahankan kerusi itu, manakala Mohd Puad akan membawa cabaran BN.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 April 2018 9:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: