Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PRU14: Kempen secara berhemah, elak burukkan calon lain

16 JULAI: Semua sayap UMNO dinasihatkan supaya berkempen secara berhemah bagi memenangkan calon BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata anggota UMNO juga perlu mengelak daripada memburukkan calon-calon lain termasuk menyerang keperibadian pembangkang.

“Ini (menyerang keperibadian) taktik pembangkang. Ini bukan cara UMNO,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Kimanis, Sabah hari ini.

Anifah, yang juga Ahli Parlimen Kimanis dan Ketua Bahagian UMNO Kimanis, turut mengingatkan anggota parti supaya ikhlas dan taat setia terhadap parti supaya UMNO kekal relevan.

“Keikhlasan dan taat setia dalam diri setiap anggota parti mampu mengelak daripada tindakan mengkhianati parti,” katanya.

Beliau turut mengingatkan anggota UMNO supaya tidak mengikut hawa nafsu untuk menjadi calon pada PRU14 tanpa memiliki wawasan dan sokongan daripada pengundi.

“Jika mahu jadi pemimpin, perlu ambil kira banyak faktor. Kita mahu calon yang berwawasan, disenangi dan boleh membela nasib rakyat,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 July 2017 7:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: