Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PRU14: Manifesto BN dilancarkan bulan depan

13 MAC: Barisan Nasional (BN) bakal melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada bulan depan.

Memetik laporan media, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa bagaimanapun enggan mengulas lanjut tarikh sebenar pelancaran manifesto itu dan apa bentuk pembaharuan yang bakal ditonjolkan dalam manifesto itu.

Annuar berkata, manifesto berkenaan mengandungi janji dan tawaran dengan matlamat yang jauh lebih baik.

“Tunggu nanti. Tak lama dah (pelancaran manifesto)…Akan datang. (Manifesto) Yang jauh lebih baik,” katanya.

Pada 3 Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, BN akan menjadikan manifesto PRU-14 yang terbaik dalam memperjuangkan nasib rakyat untuk tempoh lima tahun akan datang.

Difahamkan, antara pembaharuan dalam manifesto kali ini membabitkan perkara khusus untuk golongan muda buat kali pertama oleh BN bawah kepemimpinan Najib selaku Pengerusi BN.

Menguatkan lagi ura-ura pelancaran manifesto itu apabila BN terutama UMNO dijangka mengumumkan lebih awal senarai calon yang akan bertanding pada PRU-14, sekali gus memecah tradisi yang diamalkan sebelum ini.

Media BH hari ini melaporkan sumber dipetik sebagai berkata, satu majlis khas kemungkinan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk semua bakal calon.

Menurut sumber, pada majlis berkenaan, Najib dijangka menyampaikan surat watikah sebagai calon kepada mereka terbabit.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 March 2018 1:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: