Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PRU14: MyPPP mohon 1 kerusi di Johor

3 DIS: MyPPP minta Barisan Nasional (BN) Johor mempertimbangkan untuk memberi sekurang-kurangnya satu kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini kepada parti itu pada pilihan raya akan datang.

Presidennya, Tan Sri M. Kayveas berkata, sudah tiba masanya MyPPP diberikan kepercayaan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di negeri itu.

“Kita tidak minta kerusi banyak-banyak, MyPPP hanya minta satu kerusi sahaja daripada 56 kerusi DUN di Johor….satu kerusi sahaja.

“Selama ini dalam BN, MyPPP dah beri kita punya kesetiaan….MyPPP’s loyalty can’t be question…tapi masa kita sudah sampai, macam mana pula kesetiaan BN kepada MyPPP,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen MyPPP Negeri Johor 2017 yang dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi BN Johor, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad di Pulai Springs Resort pada Ahad.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 December 2017 12:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: