Kategori Berita Utama

PRU14: PAS dijangka tewas teruk, hilang Kelantan

17 APRIL: PAS sebagai blok ketiga parti politik dikenali Gagasan Sejahtera dijangka akan tewas teruk serta kehilangan penguasaan ke atas Kelantan.

Demikian ramalan penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang menganggap PRU14 sebagai pertembungan antara BN dan Pakatan Harapan (PH).

“PAS adalah parti yang akan kalah teruk dan kerajaan PAS Kelantan akan jatuh.

“Alasan kenapa saya berpandangan sedemikian, saya sudah berikan hujah dalam kenyataan saya sebelum ini,” katanya di Facebook hari ini.

Pada April tahun lalu, Agus menegaskan UMNO dan BN mempunyai kemampuan merampas Kelantan pada PRU14 susulan kegagalan pentadbiran PAS  di negeri itu mengatasi masalah yang mencengkam rakyat.

Beliau turut dilaporkan berkata PAS sudah hilang arah apabila program ceramah dipenuhi ungkapan makian yang disifatkan berbeza dengan gerak kerja BN dan PH yang lebih bersifat memujuk.

Sementara itu, Agus juga berharap semua pihak mengamalkan politik secara beretika menjelang penamaan calon pada 28 April depan.

“Pandangan saya betul pada hemat saya dan mungkin salah pada hemat yang lain, namun  saya berharap semoga PRU berjalan dengan baik,” katanya

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 April 2018 6:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: