Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PRU14: Saifuddin, Nasruddin berentap di Indera Mahkota

14 APRIL: PKR mengumumkan Datuk Saifuddin Abdullah sebagai calon Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Pengumuman itu dibuat Pengerusi PKR negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman, pada majlis Jamuan Makan Malam PRU-14, malam tadi.
Ia sekali gus menyaksikan sejarah kembali berulang apabila Saifuddin dijangka menentang Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi yang sudah dinamakan sebagai calon PAS yang akan bertanding di kawasan itu.
Pada PRU-13, Saifuddin, bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, tewas kepada Nasrudin di Parlimen Temerloh.
Fauzi, yang juga penyandang Ahli Parlimen Indera Mahkota, akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lembing.
Penyandang Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, akan mempertahankan kerusi itu untuk penggal ketiga.
PKR turut mengumumkan calonnya yang akan bertanding DUN Semambu dan Teruntum, masing-masing penyandang kawasan berkenaan Lee Chean Chung dan Sim Chon Siang.
Di DUN Panching, PKR meletakkan Kamarzaman Mohamed Yunus, manakala Fakhrul Anuar Zulkawi sebagai calon di DUN Inderapura.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 April 2018 2:24 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: