Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PRU14: SKMM naik taraf internet PDM

13 JAN: Dalam memastikan kelancaran urusan perjalananan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) menaik taraf jaringan internet di semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi membantu memastikan kelancaran

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata kerja-kerja itu dilaksanakan secara berperingkat melibatkan 8,245 PDM di seluruh negara.

“Sebagai persediaan menghadapi PRU14, setiap PDM termasuk 566 di Terengganu akan dipastikan dari segi tahap capaian internetnya dalam siapsiaga,” katanya, Sabtu.

Jailani berkata demikian selepas merasmikan Majlis Jalinan Kasih Tautan Budi Bersama Komuniti Orang Asli Kampung Sungai Berua, di Hulu Terengganu.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tranformasi Kerajaan negeri, A Latif Awang dan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri,  Shafruddin Ali Hussin.

Pada masa sama, Jailani berkata kerja-kerja menaik taraf liputan internet di kawasan perkampungan Orang Asli juga giat dijalankan sebagai bukti Kerajaan BN tidak pernah meminggirkan masyarakat di pedalaman.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 January 2018 10:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: