Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PRU14: Tiong Lai sedia lawan Kit Siang

19 FEB: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bersedia berhadapan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang dilaporkan berhajat untuk bertanding di kerusi Parlimen Bentong pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Menurut Menteri Pengangkutan itu, beliau yakin pengundi di kawasan Bentong akan terus menyokongnya.

“Kit Siang sebagaimana yang kita tahu dia memang gemar melompat dari satu tempat ke satu tempat lain, dulu di Pulau Pinang, kemudian ke Gelang Patah, semuanya tidak bertahan lama sebab dia tidak memberikan perkhidmatan dengan baik.

“Sebab itu kita tak peduli mana dia nak pergi. Kita sedia hadapi sesiapa jua yang datang ke Bentong kerana kita mempunyai rekod pencapaian yang baik,” kata Tiong Lai yang menjadi Ahli Parlimen Bentong sejak 1999.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program sambutan Tahun Baharu Cina Rumah Pangsa Batu 1, Jalan Tras, di Bentong, Pahang hari ini.

Menurut Tiong Lai, rakyat kini semakin sedar Kit Siang bukan gagal melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan yang dimenanginya, tetapi juga tidak mempunyai pendirian tetap dalam politik.

“Rakyat pun rasa keliru, bagaimana Kit Siang yang marah Dr Mahathir lebih 22 tahun, kini sudah boleh peluk Dr Mahathir dan bagaimana Dr Mahathir juga boleh berbuat perkara yang sama,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 February 2018 11:49 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: