Kategori Berita Utama

PTPTN lancar ‘Direct Debit Online’

6 JUN: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang culas membayar balik pinjaman  tidak mempunyai alasan lagi untuk tidak berbuat sedemikian.

Ini disebabkan pelancarkan mekanisma baru yang memberi kemudahan pembayaran balik pinjaman melalui ‘direct debit online’.

Pengerusi PTPTN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menjelaskan penambahbaikan baru dalam perkhidmatan PTPTN ini telah pun dimulakan pada 2 November 2016 hasil usahasama PTPTN dengan MyClear dan Bank Islam.

Katanya, permohonan ‘direct debit’ atas talian merupakan satu langkah efisien yang dapat mengurangkan kesilapan kecil ketika mengisi borang permohonan secara manual selain dapat memberikan kelulusan permohonan yang cepat dan pantas.

“Kini peminjam PTPTN boleh membuat direct debit secara online, sekaligus dapat mengelak kesilapan kecil seperti perbezaan tandatangan ketika mengisi borang.

“Dengan adanya secara online, kelulusan direct debit akan lebih cepat dan berkesan. Ia memerlukan 3 hari bekerja untuk mendapatkan proses kelulusan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Pengumuman Pelancaran Direct Debit Online, di Menara PTPTN, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Menurutnya lagi, selain dapat membayar ansuran pinjaman secara konsisten, potongan 10 peratus akan diberikan kepada peminjam membuat bayaran pinjaman secara konsisten.

“Ini juga sebagai satu kemudahan kepada mereka yang tidak mahu buat potongan gaji tetapi ingin membayar balik pinjaman secara tetap dan konsisten.

“Jadi dapat mengelak peminjam dikenakan tindakan undang-undang dan rekod baik di dalan CCRIS.

“Sebanyak 17 buah bank menyediakan kemudahan  bayaran melalui direct debit ini dan memberi pilihan  kepada peminjam terhadap bank yang mereka suka,” katanya lagi.

Sehingga 30 April 2017, seramai 32,003 peminjam PTPTN menikmati 10 peratus diskaun selepas menjelaskan bayaran balik melalui Direct Debit.

Dalam tempoh tersebut, sebanyak RM19.49 juta telah berjaya dikutip dan RM1.95 juta diskaun telah diberikan kepada peminjam.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 June 2017 1:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: