Kategori Berita Utama

Puad kecam portal Malaysiakini siar laporan ‘Pro Israel’

22 DIS: Portal pro-pembangkang Malaysiakini dikecam kerana tindakan beraninya menyiarkan satu artikel ‘Pro-Israel’ semalam.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di saat rakyat Malaysia dan antarabangsa mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) untuk memindahkan pejabat kedutaannya ke Baitulmaqdis, tiba-tiba Malaysiakini bersikap pro-Israel.

“Di saat semua anggota Majlis Keselamatan PBB (kecuali AS) mengundi kecam tindakan AS, tiba-tiba Malaysiakini mahu menyalahgunakan kebebasan media untuk menyakitkan hati rakyat Malaysia.

“Ini termasuk perhimpunan solidariti di Putrajaya hari ini bersama Perdana Menteri untuk membantah tindakan Presiden Donald Trump itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Puad artikel itu bukan sahaja mengecam tindakan Najib, Malaysia dan Turki yang dianggap bodoh tetapi membuat provokasi melampau dengan mengatakan Jerusalem telah menjadi ibu negara Jewish sejak 3,000 tahun lalu.

“Bahkan masyarakat Yahudi kononnya adalah majoriti sehingga ke tahun 1800 semasa pemerintahan Kerajaan Uthmaniah.

“Bukan itu sahaja, si penulis menggunakan hujah, bahawa dalam Al Quran hanya menyatakan Jerusalem kota suci ketiga kepada umat Islam berbanding Judaism menyatakan ia adalah kota paling suci untuk orang Yahudi,” ujarnya lagi.

Jelas Puad hakikatnya orang Palestin adalah majoriti di Baitulmaqdis sehinggalah ke tahun 1900-an apabila penjajah British menggalakkan perpindahan haram penduduk Yahudi ke kawasan berkenaan.

“Apakah rakyat Malaysia yang berhimpun hari ini adalah bodoh? Malaysiakini memang melampau,” selar Puad.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 December 2017 9:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: