Kategori Berita Utama

Puji parti lawan jarang berlaku, UMNO-PAS di ambang penyatuan?

1 JAN: Kemungkinan besar akan berlaku gelombang politik orang Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Itulah yang dirumuskan oleh Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Salawati Mat Basir apabila melihat bibit-bibit positif yang dipamerkan oleh pemimpin tertinggi UMNO dan PAS mutakhir ini.

“Bukan senang Perdana Menteri nak memuji parti lawan, jarang-jarang berlaku, kemungkinan besar penyatuan atau kerjasama UMNO PAS akan berlaku, itu tidak mustahil.

“Apatah lagi ketika pilihan raya hampir tiba, mungkin ada perbincangan antara kedua-dua parti terbesar orang Melayu sedang berlaku, kita tidak tahu tapi yang pasti jika berlaku ia adalah gelombang kepada politik orang Melayu itu sendiri,” katanya kepada BNBBC.my portal, pada Ahad.

Ditanya adakah gelombang politik yang dimaksudkan itu mendatangkan positif kepada orang Melayu, Salawati menjelaskan, apabila kedua-dua parti ini bekerjasama, pastinya keutamaan orang Melayu dan agama Islam mendapat perbelaan dan lebih terjamin.

“Pastinya Najib telah memikirkannya, orang Melayu ini amat sensistif dengan perkara yang melibatkan perpaduan bangsanya, juga dalam hal berkaitan dengan kesucian agama Islam, faktor ini yang mendorong untuk PAS Bersama dengan UMNO dalam PRU14 ini. Perkara ini tidak mustahil.

“Sentimen-sentimen seperti ini telah dikaji kedua-dua parti, dan jangan terkejut kejutan besar berlaku sebelum pilhanraya ini,” jelasnya lagi.

Menguatkan kenyataannya, Salawati menjelaskan senario yang berlaku kepada PAS hari ini boleh mendorong PAS menyambut huluran tangan UMNO untuk berkerjasama dengan Barisan Nasional pada PRU ke-14 nanti.

“Saya rasa PAS pun tidak menyerang dan menjuarai apa-apa isu ketika ini, dia keseorangan.

“Di tambah pula PAS pun diserang oleh parti serpihan mereka PAN, tidak lagi bersama Pakatan Harapan dan dihentam bertalu-talu oleh Dr Mahathir, ini semua tidak mustahil bahawa kerjasama politik kedua-dua parti terbesar orang Melayu sedang berlaku.

“Jadi tunggu sahajalah, tapi yang penting kerjasama politik kedua-dua parti ini memang baik untuk orang Melayu dan Islam,” jelasnya.

Semalam, menerusi perutusan sempena Tahun Baru 2018, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memuji pendekatan PAS yang diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang meskipun parti itu datang dari latar belakang politik yang berbeza.

Najib juga menyifatkan ia sebagai satu usaha ‘politik matang’ demi terus membangunkan dan memajukan negara pada masa hadapan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 January 2018 10:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: