Kategori Ekonomi

Pulangan nilai semasa RM 65 juta punca dipilih

11 FEB : Kwasa Land Sdn Bhd, pemaju utama perbandaran ikonik di tanah bekas milik Lembaga Getah Malaysia (LGM) Sungai Buloh seluas 2,330 ekar menganugerahkan pakej Projek R3-2 kepada Impiana Land & Development Sdn Bhd.

kwasa land projekPenilaian Kwasa Land, anak syarikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) dibuat bersandarkan pulangan nilai semasa RM65 juta yang dikemukakan terhadap projek pembangunan Bumiputera pertama di tapak seluas 8.79 ekar dalam kawasan kejiranan Kwasa Damansara itu.

“Reka letak diatur dengan sempurna dan dirancang teliti serta menzahirkan perspektif seni bina yang mengagumkan.

“Panel penilai komersial bebas berpendapat syarikat itu menawarkan pulangan Nilai Semasa Bersih (NPV) kepada Kwasa Land pada RM65 juta atau bersamaan RM170 sekaki persegi,” kata Pengarah Urusan Kwasa Land, Datuk Mohd Lotfy Mohd Noh menerusi kenyataan, Rabu.

mohd lotfy mohd nohSyarikat katanya, tertarik dengan konsep rekaan dan pulangan pelaburan yang dicadangkan syarikat berkenaan.

Unit kediaman di R3-2 berada di kawasan strategik iaitu berhampiran tiga lebuh raya dan cadangan lebuh raya DASH, dua stesen MRT serta tidak jauh dengan terminal Subang SkyPark.

Lapan syarikat Bumiputera disenarai awal untuk mengemukakan bidaan membangunkan R3-2 namun satu hilang kelayakan kerana tiada pematuhan berkanun.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 February 2015 3:06 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: