Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pulau Batu Putih: Jawapan balas Singapura 14 Jun

15 MEI: Singapura dijangka mengemukakan jawapan balas terhadap permohonan semakan berhubung keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk kes tuntutan Pulau Batu Putih, Batuan Tengah dan Tubir Selatan pada 14 Jun depan.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, selepas jawapan balas itu Malaysia seterusnya akan memberi tindak balas berdasarkan respons Singapura.

“Ketika ini seramai lima penyelidik jabatan sedang melakukan semakan, mereka bekerja setiap hari, belum habis lagi kerana terdapat beribu dokumen yang perlu dilihat di dalam arkib” katanya kepada media selepas merasmikan pembukaan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Undang-Undang Kanan ASEAN (ASLOM) ke-17 di Putrajaya hari ini.

Pada Februari lalu, kerajaan Malaysia telah memfailkan permohonan semakan berhubung keputusan ICJ dalam kes tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singa­pura di The Hague, Belanda iaitu setahun sebelum tamat tempoh untuk berbuat demikian.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 May 2017 11:23 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: