Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pusat bakal umum tambahan langkah berjimat, Guan Eng tetap guna Mercedes

3 JAN: Bebanan ekoran peningkatan kos sara hidup bukan sahaja dirasai oleh rakyat, tetapi kerajaan juga turut menerima kesannya.

Justeru itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengumumkan 11 langkah penjimatan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan.

Bagaimanapun, 11 langkah yang diumumkan kerajaan itu turut dikritik dan dikatakan berat sebelah kerana didakwa tidak ada kaitan dengan perkara-perkara yang menimbulkan bebanan kewangan kepada rakyat.

Semua maklum, di Malaysia ini, kita mempunyai pembangkang kelas rendah yang kerjanya membangkang apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan.

Tidak mengambil kira sama ada faedahnya baik atau tidak untuk rakyat, mereka tetap akan membangkang.

Bukankah sebahagian daripada 11 langkah yang diumumkan oleh Najib itu adalah antara yang dituntut sendiri oleh pembangkang?

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa dilaporkan dalam sebuah portal berkata kerajaan dijangka akan mengumumkan beberapa lagi langkah penjimatan tambahan dalam usaha mengurangkan perbelanjaan sektor awam dan 11 langkah yang diumumkan sebelum ini hanyalah langkah permulaan daripada kerajaan.

“Kita masih mengkaji perkara-perkara lain yang boleh diguna pakai ke arah usaha (penjimatan) itu. Langkah penjimatan lain bakal menyusul dan diperkenalkan secara berperingkat berdasarkan keperluan serta keadaan semasa.

“Kajian ini sentiasa berterusan, jika telah dimuktamadkan perdana menteri akan umumkan,” katanya.

Menurut beliau, pekeliling telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan kementerian itu akan memantau perlaksanaannya.

“Berhubung penjimatan utiliti, kita telah tetapkan indeks pencapaian utama (KPI) kepada semua kementerian bermula hari ini (semalam),” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula sebelum ini menyatakan kerajaan akan melihat semula beberapa elemen dalam program rasionalisasi subsidi bagi meringankan lagi beban terhadap rakyat serta meningkatkan faedah kepada golongan sasaran.

Lim Guan Eng sebelum dan sesudah

Lim Guan Eng sebelum dan sesudah

Mungkin betul kata Rafizi, jimat belanja menteri, rakyat dapat apa? Tetapi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng beli Mercedes Benz S 300L mengggunakan wang rakyat ditengah-tengah krisis kos sara hidup yang semakin menekan, rakyat dapat apa?

Manakala Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pula mahu meningkatkan gaji wakil rakyat di Selangor  berlipat kali ganda serta memejam mata terhadap kenaikan pelbagai bayaran lesen serta fii di negeri itu pula adakah meringankan beban rakyat?

Karikatur satira menngenai Khalid Ibrahim yang masih membatukan diri terhadap sebarang krtitikan berhubung kenaikan bayaran leen perniagaan, fii kkerajaan tempatan serta gaji ADUN Selangor.-Grafik Beruang Biru

Karikatur satira menngenai Khalid Ibrahim yang masih membatukan diri terhadap sebarang krtitikan berhubung kenaikan bayaran leen perniagaan, fii kkerajaan tempatan serta gaji ADUN Selangor.-Grafik Beruang Biru

Bukankah ini sikap ‘double standard’ yang selama ini diamalkan oleh pembangkang? Adakah mereka tidak sensitif dengan keadaan rakyat yang sedang menghadapi kesulitan?

Sekurang-kurangnya, langkah kerajaan itu sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa kerajaan juga turut sama mengambil langkah berjimat-cermat seperti mana yang disarankan kepada rakyat. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 January 2014 3:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: