Kategori Berita Antarabangsa

Pusat perniagaan Patani lumpuh

2 DIS: Banjir yang melanda Selatan Thailand melumpuhkan 80 peratus daripada pusat perdagangan utamanya, sekaligus mengakibatkan golongan peniaga menanggung kerugian besar akibat bencana itu.

Datuk Bandar Pattani, Piktak Kokiart berkata air banjir setinggi 50cm mula memasuki pusat perdagangan utama bandar itu sejak pagi tadi, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Bencana banjir itu mengakibatkan 500 kampung, 18,116 keluarga dengan 32,400 orang terjejas serta menyebabkan 58 buah sekolah ditutup.

Sehingga hari ini, bencana banjir di selatan Thailand sudah mengorbankan 12 nyawa.

Sementara itu, Gabenor Pattani, Wiranan Penjang berkata enam daerah paling buruk dilanda banjir di wilayah itu adalah Nongchik, Mae-lan, Yarang, Khokpo, Yaring dan Muang.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 December 2017 10:52 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: