Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pusat Rehabilitasi PERKESO membantu tambah kemahiran

21 APRIL: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Pusat Rehabilitasi ini dibina untuk merawat para pekerja yang mengalami kecederaan ketika di tempat kerja agar mereka boleh kembali bekerja dengan cepat.

Berkonsepkan semua dalam satu, pusat ini membolehkan mereka dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk menyertai semula alam pekerjaan.

Malah ia membantu golongan seperti ini untuk memperoleh kehidupan yang lebih berkualiti di masa akan datang.

“Pusat Rehabilitasi Perkeso ini merupakan satu-satunya pusat rehabilitasi di Malaysia dan rantau Asia Tenggara yang berintergrasikan rehabilitasi perubatan dan vokasional.

“Pendekatan rehabilitasi seperti ini menawarkan perkhidmatan pemulihan pelbagai disiplin dapat mengoptimumkan tahap pemulihan pesakit agar mereka lembu bekerja dengan cepat, menjana pendapatan dan tidak jatuh dalam lembah kemiskinan akibat tiada pekerjaan,” katanya dalam ucapan perasmian pusat berkenaan.

Hadir mengiringi Najib, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Sejak 2014, pusat ini telah menerima 15, 652 pesakit dalam kalangan pekerja yang mencarum dengan Perkeso.

Daripada jumlah itu, 1,500 orang telah menjalani latihan pemulihan dengan 968 daripadanya telah kembali memulakan pekerjaan masing-masing.

Dalam pada itu, pusat ini diberikan nama baharu Pusat Rehabilitasi Perkeso Tun Abdul Razak selaras dengan penubuhan Perkeso oleh ayahandanya, Tun Abdul Razak.

Ia memandangkan kerana pembinaan pusat rehabilitasi ini adalah pencapaian terbaik Perkeso sejak ia ditubuhkan Tun Abdul Razak pada 1971 lalu.

Najib melakukan lawatan sehari beliau ke Melaka hari ini bermula dengan penyampaian amanat kepada kira-kira 10,000 kakitangan awam di negeri ini sempena Perhimpunan Penjawat Awam kerajaan negeri di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.

Pada sebelah petang, Najib akan menghadiri Majlis Penyerahan Kunci Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Tehel, Mukim Bemban Jasin serta mengadakan pertemuan dengan jentera Perhubungan Barisan Nasional (BN) sebelum menamatkan lawatan kerja beliau ke negeri.

Share This:




Berita Bertarikh pada 21 April 2017 2:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]