Kategori Berita Utama

Putar belit kenyataan TPM, Malaysiakini biadab

17 APRIL: Pihak berkuasa digesa untuk mengambil tindakan tegas terhadap portal Malaysiakini kerana memutar belit satu kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, artikel bertajuk ‘Best not to vote if you can’t get leave, Zahid tells M’sians in S’pore’ yang disiarkan di portal itu telah memberi persepsi kononnya pihak kerajaan tidak menggalakkan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura untuk pulang mengundi.

huan-e1492516077940.jpg

Katanya, tajuk artikel yang diterbitkan oleh portal tersebut tidak tepat dan sengaja dibuat untuk membangkitkan perasaan benci rakyat Malaysia terhadap kerajaan.

“Kenyataan Zahid adalah jelas iaitu terpulang kepada rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura sama ada mahu pulang untuk mengundi atau tidak. Kerajaan sentiasa terbuka dalam hal ini kerana negara ini adalah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi dan semua orang mempunyai hak untuk mengundi,” katanya dalam satu kenyataan. 

Selain itu, Huan juga mendakwa bahawa Malaysiakini cuba menipu dengan mengatakan terdapat seramai 250,000 ribu orang rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura tanpa sebarang bukti sokongan ke atas angka tersebut.

Beliau menegaskan bahawa putar belit Malaysiakini konon kerajaan menghalang rakyat Malaysia dari pulang mengundi adalah juga tidak benar. Bahkan tegas beliau kerajaan menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk keluar mengundi pada PRU14 yang akan datang.

Portal tersebut ujar Huan telah melanggar Akta Anti Berita Tidak Benar yang diluluskan di parlimen baru-baru ini.

“Malaysiakini juga sudah terbukti melanggar  Akta Anti-berita Tidak Benar yang baru sahaja diluluskan di Dewan Rakyat.

“Perkara ini perlu dilakukan dengan segera kerana saya yakin selepas ini lebih banyak penipuan, putar belit dan berita palsu akan diterbitkan oleh Malaysiakini untuk mengelirukan rakyat serta menggugat keharmonian negara.” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 April 2018 3:57 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: