Kategori Berita Antarabangsa

Putera Arab Saudi bakal bebas

27 JAN: Putera Alwaleed Bin Talal yang ditahan dalam operasi membanteras rasuah oleh kerajaan Arab Saudi dijangka akan dilepaskan dari semua salah laku serta dibebaskan dari tahanan beberapa hari lagi.

Jutawan itu berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama Reuters di dalam bilik tahanannya, bersama berpuluh suspek lain.

Lokasi penahanan adalah sebuah bilik mewah di hotel terkemuka Ritz Carlton.

Putera Alwaleed juga dilaporkan mengekalkan pengakuan tidak bersalah dan menguasai sepenuhnya pegangan ke atas firma pelaburan global Kingdom Holding miliknya tanpa perlu menyerahkan semua aset berkenaan kepada kerajaan.

Pada masa sama, beliau turut memberitahu dilayan dengan baik sepanjang ditahan, sekali gus menafikan sebarang dakwaan layanan buruk.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 January 2018 3:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: