Kategori Berita Antarabangsa

Putera Arab Saudi sokong penjajahan Israel

3 APRIL: Israel ‘berhak’ ke atas tanah air mereka, dalam perubahan dasar ketara negara itu.

Demikian diucapkan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman (foto) yang bercakap kepada editor majalah The Atlantic, Jeffrey Goldberg.

“Saya percaya, semua orang, di mana sahaja, berhak tinggal dalam negara mereka yang aman.

“Saya percaya Palestin dan Israel berhak memiliki tanah air sendiri,” lapor AFP.

Arab Saudi dan Israel masih tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi tetapi di sebalik tabir, hubungan kedua-dua negara semakin baik sejak kebelakangan ini,

Konflik Israel dengan Palestin menjadi halangan kepada mendapatkan kedamaian penuh, ketika Riyadh masih menyokong tuntutan kedaulatan Palestin.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 April 2018 4:59 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: