Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Putera Charles di Malaysia

2 NOV: Pewaris takhta Britain, Putera Charles dan isteri, Camilla Parker Bowles selamat tiba hari ini bagi lawatan rasmi bersempena ulang tahun ke-60 hubungan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom.

Terdahulu pesawat Tentera Udara Diraja yang membawa pasangan diraja itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 6.45 petang tadi.

Ketibaan baginda berdua disambut oleh Menteri Pengiring, Datuk Seri S K Devamany yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Turut hadir Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia Vicki Treadell.

Pasangan diraja itu dijadual melawat pelbagai tempat di Kuala Lumpur, Perak, Sarawak dan Pulau Pinang selain menyertai pelbagai acara penting sepanjang lawatan selama tujuh hari dari 2 hingga 8 November.

Kedua-duanya juga dijadual akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara serta menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ini merupakan lawatan pertama pasangan diraja itu ke negara ini.

Kerabat diraja British yang pernah melawat Malaysia sebelum ini ialah Ratu Elizabeth II dan Duke of Edinburgh bagi menghadiri upacara perasmian Sukan Komanwel Ke-16 di Kuala Lumpur pada 1998 dan Putera William, Duke of Cambridge dan isteri Kate Middleton, Duchess of Cambridge pada September 2012.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 November 2017 9:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: