Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Puteri diseru jangan alpa, lupa menjelang PRU 14

6 DIS: Puteri UMNO diseru jangan alpa dan leka dalam memperkasakan jentera parti menjelang PRU ke-14, pesan Ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

“Kini kita sudahpun berada dalam bulan Disember 2017. Ini bermakna, kaki kita setiap hari melangkah mendekati medan tempur Pilihanraya Umum ke-14.

“Apapun yang bakal terjadi, Pilihanraya Umum ke-14 yang sedang menunggu kita ini, akan menjadi salah satu medan pertempuran paling penting dalam memastikan survival perjuangan agama, bangsa dan negara.

“Masa depan kita sangat berkait rapat dengan keputusan PRU ke-14. Jangan sesekali alpa daripada memikirkan kenyataan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan dasar Persidangan Puteri UMNO  di Perhimpunan Agung UMNO 2017, di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Lantaran itu beliau menegaskan Puteri UMNO telah pun bersiap siaga dan telah pun melaksanakan pelbagai program di peringkat akar umbi demi menangkis segala dakyah dan fitnah jahat pembangkang terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Rentetan Bengkel Strategik PRU ke-14 yang telah diadakan oleh Puteri UMNO Malaysia pada awal tahun ini, kita rancak mengatur langkah.

“Kita telah mengaktifkan Unit Khas Pilihanraya. Kumpulan Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) giat menyusuri akar umbi seluruh negara. Pusat Panggilan telah diaktifkan dan kita sentiasa siap siaga mendekati pengundi muda.

“Sementara hari besar itu tiba, saya menyeru kepada Puteri, luaskan kuasamu! Temui pengundi-pengundi, tidak kiralah yang terselit di tengah-tengah kesibukan kota, atau terlontar di suatu sudut nun terceruk di desa-desa. Bersama sahabat Puteri BN kita semua akan sentiasa sederap selangkah,” ucapnya dengan semangat dan mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 December 2017 12:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: