Kategori Berita Utama

Puteri UMNO digesa mantapkan kemahiran berdebat

25 DIS: Puteri UMNO digesa memahirkan diri dengan ilmu perdebatan, sekaligus menjadi ejen penangkis untuk mematahkan tohmahan pembangkang yang semakin berleluasa.

Ketua Puterinya, Datuk  Mas Ermieyati Samsudin berkata ia salah satu persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang dijangka dalam masa terdekat.

“Di samping itu, JRPlus (Jalinan Rakyat) harus menjadi gerak kerja utama dan Puteri khususnya perlu memperhalusi gerak kerja dan penyatuan sesama mereka harus lebih erat,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perlancongan dan Kebudayaan berkata demikian selepas merasmikan Perjumpaan Jentera Pilihan Raya Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Kuala Berang hari ini.

Turut hadir Ketua Puteri Terengganu, Erni Salwani Saidi dan Ketua Puteri Bahagian Hulu Terengganu, Rozita Ismail.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 December 2017 8:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: