Kategori Berita Antarabangsa

Putin umum pertahan jawatan presiden

7 DIS: Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan untuk bertanding dalam pemilihan presiden tahun depan, lapor agensi berita Xinhua.

“Saya akan menjadi calon untuk jawatan presiden Rusia,” kata Putin semasa pertemuan dengan pekerja kilang pembuatan kereta di bandar Nizhny Novgorod.

Walaupun jumlah calon yang berminat untuk bertanding semakin ramai, beliau dijangka menang besar pada pilihan raya yang dijadualkan pada 18 Mac tahun depan.

“Ia akan menjadi pungutan suara mengenai kepercayaan rakyat terhadap Vladimir Putin,” kata Pengerusi Institut Strategi Kebangsaan Mikhail Remizov.

Remizov berkata perhatian rakyat kini lebih tertumpu kepada agenda Putin dalam pilihan raya, keutamaannya dan rancangan masa depan.

Putin dipilih sebagai presiden Rusia pada 2000 dan dipilih sekali lagi pada 2004.

Dari 2008 hingga 2012, beliau berkhidmat sebagai perdana menteri.

Pada 2012, Putin dipilih semula sebagai presiden. Pada masa itu, kadar sokongan terhadap Putin adalah sekitar 80 peratus, menurut tinjauan pendapat umum.

Setakat ini, pemimpin Parti Liberal Demokrat Rusia Vladimir Zhirinovsky, pengasas Parti Liberal Yabloko liberal Grigory Yavlinsky dan ketua parti komunis Rusia Maxim Suraikin secara rasmi menyuarakan hasrat untuk bertanding.

Turut menyatakan minat adalah penyampai televsiyen Ksenia Sobchak, ahli perniagaan Sergei Polonsky, serta penyanyi dan wartawan Ekaterina Gordon.

Share This:




Berita Bertarikh pada 7 December 2017 4:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]