Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Putrajaya dimonopoli kroni jika pembangkang menang

13 JAN: Perebutan kuasa kalangan pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak akan berkesudahan meskipun mereka memenangi pilihan raya umum.

Mengulas perkara itu, Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar tidak menolak pergolakan dalaman gabungan pembangkang itu akan terus berlaku dan berkemungkinan pentadbiran negara dimonopoli kroni keluarga.

“Adakah Tun Mahathir akan melantik timbalan perdana menteri yang bukan anaknya? Jika betul teori saya, seandai kata Pakatan Harapan menang, pentadbiran negara nanti akan dikuasai parti keluarga.

“Sebagai contoh, siapa anak bekas perdana menteri yang tersenarai bilionair? Bukan anak Allahyarham Tun Razak mahupun Tun Hussien tetapi anak Tun Mahathir,” katanya.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang berkata demikian selepas merasmikan Program UMNO Bantu Rakyat di Institut Pengurusan Peladang Sungai Kajang, Sabtu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 January 2018 8:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: