Kategori Berita Utama

Putrajaya perlu dipertahan – Ku Nan

21 JAN: Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan perlu dipertahankan daripada dirampas pihak pembangkang yang dikhuatiri merosakkan negara.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sudah 60 tahun kerajaan Persekutuan mentadbir negara dengan penuh kemakmuran.

“Alhamdulillah, tahap keselamatan, keamanan dan keharmonian negara ini sentiasa menjadi keutamaan kerajaan.

“Rakyat bebas mencari rezeki dan melakukan sebarang pekerjaan tanpa rasa takut kerana keamanan negara yang berkesinambungan di bawah pentadbiran kerajaan BN,” kata Menteri Wilayah Persekutuan itu ketika merasmikan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Putrajaya hari ini.

Sempena sambutan pada 1 Februari depan, sebanyak 17,000 bendera akan dipasang di seluruh kawasan Putrajaya, 39,000 di sekitar Kuala Lumpur dan 2,000 di Labuan.

Tema sambutan adalah sama dengan tema sebelum ini iaitu ‘Wilayah Ceria Rakyat Sejahtera’.

Sementara itu, semasa sidang media, Tengku Adnan mengulas berkenaan pemasangan jaring di Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang berisiko kemalangan akibat sikap penghuni yang suka membuang barang atau sampah dari tingkat atas.

“Pemasangan jaring ini sudah dimulakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terutama di kawasan yang dikenal pasti mempunyai masalah akibat sikap penduduk setempat.

“Ia membabitkan 494 blok PPR yang merangkumi 80,000 unit di sekitar Kuala Lumpur dan segala kos pemasangan jaring ini akan ditanggung kerajaan,” kata Ahli Parlimen Putrajaya itu.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 January 2018 1:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: