Kategori Berita Utama

Putrajaya saksikan pertembungan 3 penjuru

28 APRIL: Tiga calon sah bertanding di Putrajaya dan masing-masing daripada BN, PAS, serta PKR telah mengemukakan borang pencalonan mereka untuk bertanding parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjadi calon pertama mengemukakan borang berkenaan ketika tempoh penamaan calon dibuka pada jam 9 pagi di Pusat Penamaan Calon di Dewan Serbaguna, Presint Putrajaya.

Ia kemudian diikuti calon PAS, Zainal Abidin Kidam yang mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.12 pagi dan calon PKR, Datuk Dr Samsu Adabi Mamat pada jam 9.20 pagi.

Borang pencalonan berkenaan dikemukakan kepada Pengurus Pilihan Raya Parlimen Putrajaya, Datuk Azizi Ahmad Termizi.

Terdahulu, Tengku Adnan yang juga penyandang kerusi Parlimen Putrajaya tiba pada jam 8.15 pagi.

Lebih 5,000 penyokong mengiringi calon Tengku Adnan menuju ke Kompleks Kejiranan Presint 9 bagi proses penamaan calon tersebut.

Tengku Adnan bersama para penyokongnya sebelum itu berkumpul di kawasan perumahan kejiranan Presint 9 sebelum bergerak ke pusat penamaan calon.

Situasi proses penamaan calon PRU-14 sehingga kini terkawal apabila para penyokong parti bertanding mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa.

Samsu Adabi tiba pada jam 8.30 pagi, diikuti Zainal Abidin pada jam 8.50 pagi, masing-masing dengan lebih 100 penyokong mereka.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 April 2018 11:25 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: