Kategori Berita Antarabangsa

Qatar dakwa lebih baik tanpa UAE, Arab Saudi

14 NOV: Selepas negaranya berbalah dengan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), emir Qatar hari ini menyifatkan negaranya ‘seribu kali lebih baik’ tanpa jirannya itu.

Bagaimanapun, dalam ucapan di Dewan Negara, Sheikh Tamim Hamad al-Thani berkata kerajaannya merangka pelan kecemasan kerana menjangka perbalahan politik dengan negara jirannya dan bekas sekutu itu bakal berpanjangan.

“Kami tidak takut dengan pemulauan negara berkenaan terhadap kami, kami seribu kali lebih baik tanpa mereka.

“Namun kami tetap berwaspada,” lapor AFP.

Sebelum ini, Iran, Turki dan Sepanyol, tampil membantu Qatar mengimport makanan susulan pemulauan dilakukan empat negara Arab.

Pada Jun lalu, Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan dengan Qatar  selepas menuduh negara itu menyokong militan.

Namun Kerajaan Qatar menafikan tuduhan itu, sambil mendakwa ia adalah serangan terhadap kedaulatan negaranya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 14 November 2017 8:06 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]