Kategori Berita Antarabangsa

Qatar enggan penuhi 13 tuntutan negara Arab

3 JULAI: Doha tidak akan memenuhi 13 tuntutan yang dikemukakan Arab Saudi serta sekutunya.

Menteri Luarnya, Sheikh Mohammed Abdulrahman al Thani (foto) berkata demikian dalam satu kenyataan di Rom, kelmarin.

“Senarai tuntutan itu ditolak. Ia tidak akan diterima atau dirundingkan. Bagaimanapun, kami sedia untuk berdialog. Semua pihak tahu tuntutan tersebut bertujuan untuk melanggar kedaulatan, menutup kebebasan bersuara dan mengenakan mekanisme audit ke atas Qatar.

“Kami percaya dunia tidak ditadbir oleh ultimatum kerana kami percaya ia ditadbir oleh undang-undang antarabangsa,” katanya sebelum 48 jam sebelum tarikh akhir yang ditetapkan Riyadh tamat.

Difahamkan, ultimatum atau kata dua itu dikeluarkan lebih dua minggu selepas Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar pada 5 Jun lalu kerana mendakwa negara itu menyokong keganasan.

Sebelum ini, negara terbabit pernah mengancam untuk mengenakan sekatan jika Doha gagal memenuhi 13 syarat ditetapkan.

Antara tuntutan yang dibuat termasuk penutupan pangkalan tentera Turki di Qatar serta  menutup operasi rangkaian TV al-Jazeera yang didakwa menjadi platform ekstremis.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 July 2017 10:21 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: