Kategori Berita Utama

Rafidah Aziz ada niat jahat- Hishammuddin

11 APRIL: Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz mempunyai agenda terselindung untuk menggugat kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaannya terhadap aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diswastakan.

Mengulas lanjut, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan bekas menteri kabinet itu mempunyai masa cukup panjang sebelum ini untuk mempersoalkan perkara itu, namun memilih untuk bercakap pada masa sekarang.

“Dakwaan tidak berasas itu jelas mempunyai niat dan sasaran peribadi, apatah lagi ia dibangkitkan menjelang hari mengundi pada Pilihan RayaUmum Ke-14 (PRU14).

“Saya ulangi bahawa tuduhan ini tiada asas dan fitnah bulat-bulat. Harap pihak lain yang berkepentingan akan jawab secara fakta,” katanya hari ini di Kuala Lumpur.

Terdahulu Hishammuddin melancarkan Program Satu Anggota Satu Rumah (SASAR) di Kem Transmitter di Sungai Besi.

Pada pelancaran itu, sebanyak 3,500 unit rumah mampu milik bakal dibina untuk anggota, veteran ATM, warga awam Kementerian Pertahanan dan ahli keluarga.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Sementara itu, menyentuh isu pemilihan hari mengundi pada Rabu, Naib Presiden UMNO itu melihat pembangkang akan cuba mengaitkan  pengumuman dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan kerajaan BN.

“Apa saja yang kita umum tidak jadi isu? Tarikh bubar jadi isu, tarikh mengundi pun jadi isu walaupun yang menentukan adalah SPR,” kata Hishammuddin (foto).

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 April 2018 4:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: