Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Rafizi berniat jahat tuduh Dr M

31 JAN: Kenyataan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkonspirasi untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah berniat jahat.

Pergerakan Pemuda UMNO Kedah pada Jumaat menyifatkan kenyataan Rafizi itu juga dibuat dalam situasi terdesak dan melulu dalam usaha ‘pakar strategi’ PKR itu mengalih tumpuan kemarahan rakyat terhadap pengkhianatan mandat pengundi di Kajang.

RAFIZI...sudah berapa kali Pengarah Strategik ini disaman dan terpaksa mohon maaf kerana kenyataan dibuat salah

RAFIZI…sudah berapa kali Pengarah Strategik ini disaman dan terpaksa mohon maaf kerana kenyataan atau tuduhan yang dibuatnya salah

“Pemuda UMNO Kedah percaya kenyataan ini dibuat untuk meredakan kemarahan penyokong PKR dan ahli-ahli pakatan pembangkang terhadap perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh.

“Kami percaya Rafizi cuba mengheret UMNO menjadi ‘kambing hitam’ bagi mengaburi kelemahan pakatan pembangkang yang mempunyai krisis dalaman yang meruncing sekarang,” kata kenyataan itu.

Berikutan itu, Pemuda UMNO negeri mendesak pimpinan PKR mengkaji semula kedudukan Rafizi sebagai Pengarah Strategik kerana sering mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas dan berniat untuk mengadu-domba.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 January 2014 4:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: