Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Rafizi cuba berdalih disaman SYABAS

21 FEB : Berdepan tindakan saman SYABAS kerana memfitnah syarikat bekalan air itu, Rafizi Ramli cuba berdalih dengan meminta syarikat itu menggunakan duit bayaran guaman menyaman beliau bagi menukar sistem penapisan di semua loji supaya kegagalan yang menyebabkan penutupannya dapat dielakkan.

Ahli Parlimen PKR Pandan itu berkata, daripada membazirkan wang membayar peguam bagi menyamannya kerana mengkritik mereka, adalah lebih baik wang itu digunakan oleh SYABAS untuk tujuan itu.

Rafizi Ramli...permohonan maaf beliau juga seolah-oleh lebih kepada strategi mahu raih simpati bukannya benar-benar mahu dihukum.

Rafizi …akan terus suara bantahan

Lagipun, katanya, beliau akan terus menyuarakan bantahan kepada mana-mana pihak yang beliau fikir tidak meletakkan kepentingan awam untuk memastikan bekalan air yang baik kepada penduduk di kawasan beliau iaitu Pandan dan rakyat Selangor amnya.

“Jika ini bermakna saya akan berdepan dengan tindakan undang-undang, ini bukan kali pertama saya diheret ke mahkamah apabila bersuara di dalam isu kepentingan awam,” katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Pada Khamis, SYABAS menegaskan bahawa kenyataan Rafizi  adalah tidak tepat dan tidak berasas.

Dalam penjelasannya, syarikat berkenaan memberitahu, tugas memastikan tiada pencemaran pada sungai dan empangan berlaku adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri Selangor.

“Justeru itu, pihak SYABAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap YB Rafizi Ramli kerana telah menfitnah SYABAS dengan kenyataan yang tidak benar sama sekali,” kata SYABAS dalam satu kenyataan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 February 2014 10:46 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: