Kategori Berita Utama

Rafizi kantoi lagi, Rahman Dahlan sedia ambil tindakan perundangan

11 DIS: Pakar tuduhan melulu, Rafizi Ramli ‘kantoi lagi’ apabila terpaksa menarik balik kenyataannya yang mendakwa kontraktor pelaksana bagi Expo Negaraku 2017 adalah abang kepada Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Sekali lagi Ahli Parlimen Pandan itu mengakui melakukan kesilapan apabila tanpa segan silu serta bukti, terus menamakan Ketua Pegawai Ekskutif PICO Integrated Exhibit Sdn Bhd, Raslan Dahlan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Rahman.

Rafizi membuat tuduhan itu dalam satu siaran langsung sidang media menerusi Facebooknya pagi tadi.

“Saya sudah periksa, Raslan bukan abang kepada Rahman,” lapor FMT.

Susulan itu, Naib Presiden PKR itu membuang rakaman video dari laman sosialnya, berkemungkinan untuk menghilangkan bukti.

Kejadian bekas penuntut jurusan kejuruteraan itu membuat tuduhan tanpa usul periksa sudah acap kali berlaku.

Pada Jun, Rafizi pernah  menuduh dua wanita yang bernama Florence Goh, didakwa mempunyai kaitan dengan Godfrey Group Ltd yang dikatakan membayar seorang pelobi pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebanyak RM1.07 juta.

Namun Rafizi dilaporkan masih menyimpan niat untuk mendedahkan perkara yang sama pada esok.

Sejurus itu, Rahman mengeluarkan kenyataan untuk membawa pengasas pertubuhan INVOKE itu ke muka pengadilan.

“Rafizi sengaja mereka cipta satu pembohongan besar dalam kerakusan beliau untuk memfitnah saya, kerajaan BN dan Datuk Seri Najib Razak.

“Ini membuktikan beliau adalah seorang ‘pembohong tegar bersiri’ dan saya akan berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang undang,” kata Ahli Parlimen Belud itu, Isnin.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 December 2017 7:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: