Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Rafizi kurang ‘kasih sayang’, kritik lawatan PM

13 SEPT : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan menggesa semua pihak tidak perlu membuang masa melayan Rafizi Ramli yang  diibaratkan seperti pemimpin yang kurang kasih sayang.

Menurutnya, tuduhan Naib Presiden PKR terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan lawatan Perdana Menteri itu ke Amerika Syarikat sebagai tidak rasmi hanyalah taktik pembangkang untuk menimbulkan propaganda terhadap rakyat.

“Hanya pembangkang yang suka menipu dan memfitnah saja yang boleh percaya cakap Rafizi. Bahkan Rafizi sendiri pun disabitkan dengan tuduhan memfitnah. Jadi usahlah kita layan sangat propaganda murahan Rafizi. Beliau ‘kurang kasih sayang’ cuba cari publisiti murahan.

“Dalam PKR sendiri pun ada yang tidak percayakan dia. Apatah lagi di luar parti. Saya harap semua masak dengan perangai tak matang Rafizi,” katanya kepada BNBBC.my portal.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Ahli Parlimen PKR Pandan itu yang mendakwa kunjungan Perdana Menteri itu ke White House bukan lawatan rasmi ketua kerajaan seperti kelazimannya.

Rafizi berkata, hujahnya berasaskan bahawa ketiadaan protokol tertentu seperti tidak ada upacara sambutan rasmi yang diadakan semasa ketibaannya.

“Untuk membezakan sama ada sesuatu jemputan dari Presiden Amerika Syarikat itu adalah jemputan berbentuk lawatan rasmi ketua kerajaan atau tidak, kita boleh melihat layanan dan kemudahan yang diberikan,” ujar Rafizi.

Namun Sohaimi berkata beliau bagaimanapun tetap yakin yang rakyat akan menyokong usaha Najib untuk membawa nama baik negara ke peringkat antarabangsa.

“Buang masa layan Rafizi.biarlah dia meroyan ketika PM berjaya membuktikan keupayaan kepemimpinannya dan negara.biasalah, namanya pun pembangkang.membangkang sahajalah kerja beliau.

“Saya yakin dan percaya rakyat mampu menilai kejayaan.PM menerusi layanan yang diberikan Trump kepada delagasi negara,” ujarnya lagi.

Najib semalam tiba di Rumah Putih untuk menemui Presiden Donald Trump dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Amerika Syarikat.

Beliau adalah Perdana Menteri ketiga mengunjungi Presiden AS di Rumah Putih selepas Tun Dr Mahathir Mohamad pada Januari 1984 dan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Julai 2004.

Kunjungan Najib atas jemputan Trump itu amat signifikan kerana diadakan sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Malah, Trump dilaporkan media memberi layanan amat mesra kepada Najib.

 

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 September 2017 5:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]