Kategori Berita Utama

Rafizi londeh kelemahan PKR, Azmin kebudakan

30 OGOS: Pergolakan dalaman pakatan pembangkang membuktikan mereka umpama ‘dahan yang rapuh’ untuk berpaut dan tidak mampu menjadi penyelamat kepada rakyat sekiranya memenangi pilihanraya umum.

Apatah lagi kepincangan dalam pembangkang khususnya PKR didedahkan sendiri oleh pemimpin kanan parti berkenaan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan menyifatkan kelemahan parti itu sudah dilondehkan sendiri pemimpin mereka.

“Bagi saya UMNO tidak mengambil kesempatan terhadap kemelut pembangkang, sebaliknya mahukan rakyat bermuhasabah dan membuat penilaian dengan sematang-matangnya.

“Satu kapal banyak nakhodanya, macam mana kapal mahu belayar. Hari ini kepincangan itu didedahkan oleh Rafizi Ramli sendiri bahawa PKR ini pemimpinnya hanya dengar kata jika ada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika tidak, masing-masing dengan kepala sendiri.

“Menteri Besar Selangor masih sayangkan PAS, tetapi majlis pimpinan Pakatan Harapan dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad berkeras menolak PAS, jadi rakyat nilailah kepincangan ini,” katanya.

Kelmarin, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dilaporkan berkata PKR  diambang perpecahan susulan pimpinan kanak parti terbahagi kepada beberapa blok.

Sementara itu, Sohaimi (foto) melabelkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai ‘pra matang’ susulan mendakwa kononnya serbuan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di MBI dan UNISEL pada minggu lalu sebagai satu gangguan kepada syarikat berkaitan kerajaan di negeri itu.

“Kebudak-budakkan dan ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang Menteri Besar ungkapan sedemikian.

“Itu biasalah perangai pembangkang, bila terpalit dimuka sendiri macam-macam mereka marah pada SPRM. Bila SPRM menyiasat pemimpin kerajaan ataupun UMNO terus dia tuduh macam-macam walaupun hanya diperingkat siasatan.

“Saya nak bagi tahu Azmin, SPRM siasat siapa saja tidak kira UMNO, PAS, PKR, DAP mahupun PAN. Pemimpin UMNO tidak pernah ganggu siasatan SPRM,” katanya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 30 August 2017 11:46 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]