Kategori Berita Utama

Rafizi patut teliti dulu laporan Malaysia ke 4 aliran wang haram

18 DIS : Tepatkah laporan Global Financial Integrity (GFI) mendakwa aliran wang haram dikalangan negara membangun 2022-2011 meletakkan Malaysia adalah keempat tertinggi di dunia?

Dan wajarkah Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan sebagai Menteri Kewangan ekoran laporan tersebut?

Dengan angka jumlah aliran wang haram yang mencecah AS$54 bilion dalam tahun 2011 dan jumlah terkumpul sebanyak RM370 bilion sepanjang tempoh 2002 hingga 2011 seperti dilaporkan GFI, memang menggambarkan aliran wang haram keluar negara amat serius.

gfiLebih dari itu laporan urus niaga di luar negara seperti London seperti yang didedahkan GFI mengesahkan bahawa terdapat pelbagai urus niaga mewah melibatkan rakyat di negara ini.

Mungkin bukan ramai rakyat negara ini termasuk orang politik faham maksud aliran wang haram.

Ada membayangkan ianya berkaitan penyeludupan, penipuan cukai atau rasuah.

Bank Negara Malaysia (BNM) pula menyifatkan laporan GFI kurang tepat dengan situasi sebenar dengan apa dimaksudkan aliran wang haram sesetengah pihak.

Penolong Gabenor BNM, Marzunisham Omar berkata, angka  GFI adalah luar jangkaan kerana penggiraannya tidak ambil kira perbezaan perdagangan  terkumpul menyebabkan anggaran manipulasi penetapan hargadagangan (trade mispricing) terlebih catat.

Perkara itu katanya menyebabkan trade mispricing menunjukkan perbezaan 70 peratus sedangkan ianya disebabkan cara merekod perdagangan yang berbeza.

Lebih jelas menurut beliau, kesilapan dan ketinggalan (E&O), yang cenderung berlaku di dalam pengumpulan perangkaan import dan eksport Malaysia kerana ekonominya yang sangat terbuka,disalah anggap sebagai aliran keluar kewangan haram yang besar.

Justeru itu, tidak adil bagi sesetengah pihak untuk melabelkan Malaysia antara negara paling banyak mengamalkan rasuah di dunia.
Beliau berkata, E&O dan imbangan pembayaran, khususnya, berpurata pada dua peratus daripada  jumlah dagangan, jauh lebih rendah daripada tanda aras sebanyaklima peratus yang ditetapkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

“Ia juga jauh lebih rendah berbanding E&O AS iaitu tujuh peratus,” kata beliau kepada media di ibu negara, Selasa.

Aliran keluar modal haram yang jatuh di bawah kategori transaksi tidak direkodkan ialah antara sebab kepada ketinggalan, manakala yang lain pula ialah saiz sampel tidak lengkap dan penyeludupan barang.

Selain itu ianya turut membabitkan pengurup wang.

Bagaimanapun, BNM sejak 2011 sudah mengurangkan jumlah pengurung wang daripada kira-kira 830 kepada 480 sahaja.

BNM juga bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kastam bagi mengesan kes-kes aliran keluar wang haram.

Terdahulu, bank pusat berkata laporan GFI telah memperakui bahawa penggunaan hab eksport semula (re-export hubs) menyebabkan anggaran manipulasi penetapan hargadagangan (trade mispricing) terlebih catat.

Bagaimanapun, BNM menambah anggaran yang tidak memasukkan eksport semula melalui Hong Kong (the “Hong Kong” effect) adalah tidak signifikan bagi Malaysia.

Ini kerana perdagangan Malaysia dengan Singapura untuk eksport semula adalah lebihdaripada tiga kali saiz perdagangan Malaysia dengan Hong Kong.

Jika eksport semula melalui Singapura ke 10 rakan perdagangan Malaysia yang utama dimasukkan, ini akan mengurangkan trade mispricing Malaysia kira-kira 70 peratus,” kata bank berkenaan.

Sepatutnya, Rafizi perlu mendapat penjelasan terperinci daripada BNM terlebih dahulu bukan percaya bulat-bulat kepada agensi asing termasuk laporan GFI sehingga beliau mendesak Najib meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan.- bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 December 2013 12:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: