Kategori Berita Utama

Rafizi Ramli mencari semula kehebatannya

15 DIS :  Siapa tak kenal Rafizi Ramli, pemimpin PKR yang tiba-tiba meletup dengan isu pembelian kondo oleh pengurusan NFC, syarikat milik suami Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Ekoran pendedahan itu, Shahrizat terpaksa lepaskan jawatan Menteri dan tidak bertanding dalam PRU 13 sebaliknya Rafizi lepasan MCKK yang semakin gah apabila menang dikerusi Parlimen Pandan yang sekian lama dikuasai MCA.

Tidak dinafikan, sebelum dan ketika PRU, Rafizi menonjol dengan isu-isu yang dekat dihati rakyat.

Nampak Rafizi hebat dengan cadangan macam-macam cerita termasuk pemansuhan hutang PTPTN dan isu harga kereta yang katanya boleh diturunkan jika duti eksais dikurang.

Malangnya, dalam bajet PKR baru-baru ini tidak dimasukkan cadangan tersebut.

rafizianwar

Kenangan mengusik jiwa antara Rafizi dan Anwar

Walaupun, beliau belum bergelar Yang Behormat, Rafizi kerap muncul di lobi Parlimen mengadakan sidang media – menghentam beberapa pemimpin kerajaan dan pemimpin poliitik yang didakwanya salah guna kuasa, rasuah dan macam-macam lagi.

Rafizi dianggap hero pembangkang ketika itu malah ada juga desas desus ada pemimpin PKR mula cemburu dengan ‘meletop’nya Pengarah Strategi PKR itu.

Itu cerita Rafizi yang dulu, bukan yang sekarang.

Sebabnya, selepas jadi ahli parlimen beliau lebih banyak kantoi dalam isu-isu yang didedahkan apabila beliau tidak dapat menjawab soalan berkaitan isu-isu apabila diserang blogger-blogger pro kerajaan dan UMNO.

Ada blog menulis kisah Rafizi sewaktu bekerja di Petronas dan kenapa beliau berhenti. Bahkan, Rafizi dilabel dengan macam-macam panggilan.

Barangkali, kerana ada keistimewaan Rafizi dimata Datuk Seri Anwar Ibrahim beliau diangkat berkhidmat dengan penasihat ekonomi dalam kerajaan Selangor itu.

Ikut cerita, akhinya Rafizi berhenti sendiri kerana bangkai selimut tak boleh ditutup dengan nyiru.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan Anwar hanya berdiam dengan prilaku Rafizi itu.

rafizipkr

DULU semuanya baik untuk Rafizi sekarang asyik kantoi

Rafizi sendiri ketika ditanya ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar di Dewan Rakyat berapa elaun diterimanya sebagai Ketua Eksekutif kepada Menteri Besar juga tidak menjawabnya.

Beliau juga kantoi dalam cubaan fitnah terhadap Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dalam isu keputusan Boustead Holdings Bhd, menjalankan urus niaga bagi memperoleh saham Astacanggih Sdn Bhd dan tanah pembangunan daripada Awan Megah berikutan pengambilalihan oleh Boustead anak syarikat LTAT yang mana Zahid ketika itu Menteri Pertahanan.

Zahid menyaman Rafizi sebanyak RM10 juta namun menarik semula saman itu selepas Rafizi beri alasan berpuashati dengan penjelasan Zahid walaupun Rafizi sepatutnya memohon maaf kepada Naib Presiden UMNO itu.

Kes lain yang memalukan Rafizi adalah pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) kerana didakwa mendedahkan maklumat sulit perbankan berkaitan isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Mahkamah Rayuan sudah menolak permohonannya untuk mengetepikan tuduhan itu dan kes berkenaan menunggu masa perbicaraan.

Rafizi juga pernah persoalkan isu syarikat yang membekalkan dakwat kekal kepada SPR di Dewan Rakyat hingga ditegur oleh Speaker supaya beliau membuat kenyataan itu di luar Dewan .

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan kaitan Pengerusi dan timbalan SPR  dengan syarikat pembekal itu kerana Rafizi tahu beliau ada imuniti apabila berhujahnya di dalam Dewan.

Ini semua menjadikan Rafizi sudah sebagai beban kepada PKR dan pakatan pembangkang.

Rafizi dilihat sudah hilang bisa seperti diawal kemunculannya.

rafizihaji

Haji Rafizi

Di parlimen, wartawan mula bercakap sesama sendiri pasal Rafizi yang dilihat seperti harimau sudah patah taring.

Ada ahli-ahli Parlimen BN juga bertanya soalan sama apabila mendengar perbahasan Rafizi yang sudah tidak ada benda-benda ‘meletop’ lagi.

Betul kata orang tua-tua, langit tidak selalu cerah dan hidup ibarat roda.

Kini menjelang pemilihan pucuk pimpinan PKR, nama Rafizi terus tenggelam.

Mungkin dalam PKR sudah ramai mulai sedar bahawa Rafizi naik mendadak kerana Anwar.

Anwar sendiri ada macam-macam beban termasuk kes liwat yang belum selesai perbicaraan.

Tepat juga kalau dikatakan Anwar dan Rafizi ibarat ‘bapa borek anak rintik’ kerana masing-masing ada masalah sendiri.

Malang nampaknya sudah mula menghantui Rafizi. Mungkin taringnya tak tajam lagi atau kukunya sudah patah.

Atau mungkin juga Rafizi sudah dapat petunjukNya  selepas pulang menunaikan haji baru-baru ini.

Lagipun,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ada menasihatkan Rafizi jaga perbuatan dan pertuturan macam orang baru balik Haji di Dewan Rakyat sebelum sidang berakhir

Bagaimanapun terbaru, Rafizi yang mungkin sedar prestasinya menurun membuat desakan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak letak jawatan ekoran  pendedahan laporan Global Financial Integrity (GFI) berhubung “Aliran Wang Haram di Kalangan Negara Membangun 2002 – 2011” yang menyatakan jumlah aliran wang keluar dari Malaysia adalah keempat tertinggi di dunia.

Menurut Rafizi, laporan terbaru GFI mengesahkan terdapat kaitan antara jumlah aliran wang haram yang tinggi dengan pelbagai masalah kewangan dihadapi negara  berpunca daripada masalah yang sama iaitu rasuah.

“Najib sewajarnya melepaskan jawatan Menteri Kewangan kerana jumlah aliran wang haram yang begitu tinggi ini adalah bukti kegagalan beliau sebagai Menteri Kewangan.

Mungkin dengan membuat desakan terhadap Najib, beliau dapat semula pengaruh dan kehebatannya seperti sebelum ini. – bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 December 2013 9:52 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: