Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Raja Bomoh umum tanding Bagan Datuk

17 APRIL: Lelaki bergelar Raja Bomoh Malaysia, Ibrahim Mat Zin hari ini mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datuk.

Bertanding atas kapisiti Presiden Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia (PSSGGM), Ibrahim berkata, selain beliau terdapat 26 lagi ahli persatuan akan bertanding sebagai calon bebas dalam PRU14.

Menurutnya, dua calon akan bertanding di Perak membabitkan beliau dan timbalannya, Leman Kanaullah yang mengintai kerusi DUN Pangkor.

“Buat masa ini tiada niat untuk menarik diri dan kami turut tidak gentar untuk bertanding serta berdepan kemungkinan hilang wang pertaruhan,” katanya di sebuah hotel di Ipoh.

Ketika ini, kerusi Bagan Datuk dan DUN Pangkor masing-masing disandang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 April 2018 5:36 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: