Kategori Ekonomi

Rak Toys ‘R’ Us kembali penuh

25 OKT: Vendor-vendor Toys ‘R’ Us telah menyambung semula penghantaran produk-produk utama, membolehkan peruncit itu kembali memenuhkan rak menjelang musim percutian.

“Inventori sudah berada di rak,” kata Joshua Sussberg, seorang peguam dengan firma undang-undang syarikat, Kirkland & Ellis di Mahkamah Kebankrpan di Richmond, Virginia.

Tambahnya, Toys ‘R’ Us kini sudah dipenuhi dengan stok permainan yang terkini dan terbaik.

Toys ‘R’ Us meraih kira-kira 40 peratus daripada jumlah pendapatan pada suku keempat dan pakar industri telah menyatakan kebimbangan terhadap keupayaan peruncit besar kotak untuk mengekalkan vendor dan pelanggan selepas ia memfailkan kebankrapan pada 19 September lalu.

Semasa ia memfailkan kebankrapan itu, hampir 40 peratus penghantaran telah dihentikan tetapi sekarang 100 peratus pedagang vendor telah kembali aktif membekalkan 20 produk utama, diikuti oleh 50 vendor utama dan 91 daripada 100 vendor teratas.

Tetapi Toys ‘R’ Us masih berhutang sebanyak AS$5 bilion dan sekurang-kurangnya dua pembuat barangan mainan utama, Hasbro Inc dan Jakks Pacific memberi amaran bahawa kebankrapan itu menjejaskan perniagaannya tahun ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 October 2017 5:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: