Kategori Berita Utama

Rakyat ada lebihan pendapatan berbelanja rangsang ekonomi negara

28 OKT: Bajet 2018 bakal mengukuhkan sektor ekonomi kerana banyak wang akan dikembalikan kepada rakyat.

Menurut Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abd Samad, daripada bajet tersebut, rakyat akan mempunyai lebihan pendapatan untuk dibelanjakan dan ini akan memberangsangkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.

“Bajet kali ini lebih menyeluruh kerana menyentuh semua peringkat masyarakat.  Ia juga lebih menyeluruh untuk melihat pemantauan ekonomi, proses kewangan berjalan dengan baik, kewangan defisit boleh dikurangkan sehingga 2.8, perbelanjaan dana awam bertambah efisien.

Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad bercakap pada satu temubual eksklusif bersama BNBBC.MY selepas pembentangan Belanjawan 2018 oleh Perdana Menteri di Parlimen

“Kalau tidak mana boleh (kerajaan) beri banyak seperti itu kepada rakyat jika defisit fiskal tidak dapat dikurangkan,” katanya kepada BNBBC.my portal.

Jelas Shahrir lagi, Bajet 2018 ini dilihat lebih inklusif kerana memberi penekanan lebih kepada semua pihak termasuk golongan berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40)

Mengulas lanjut tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Shahrir berkata tidak ada satu negara pun yang telah membubarkan cukai tersebut setelah dilaksanakan meskipun bertukar pemerintah.

“Tak ada dalam sejarah mana-mana negara yang perkenalkan GST akan bubarkan GST bila pilihanraya diadakan, itu hanyalah politik pembangkang, biar semua rakyat nampak kenaikan harga barang disebabkan GST.

“Tapi kalau GST dimansuhkan sekalipun, adakah harga barang akan turun? tidak. Dalam bajet mereka sendiri kata nak mansuhkan, tapi akan laksanakan cukai lain pula.

“Cuba lihat mereka nak beri pendidikan percuma, okay mereka boleh buat tapi adakah rakyat tahu yang cukai lain pula akan dinaikkan? Harga petrol akan meningkat? Mereka akan pusing di situ pula seperti yang berlaku di Norway,” ujarnya.

Jelas Shahrir, apa yang dinyatakan pembangkang tidak habis dan ada perkara yang disembunyikan daripada rakyat.

Secara umum kata Ahli Parlimen Johor Bharu itu, Kaluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menunjukkan pertumbuham ekonomi yang meningkat dalan segala aspek sejak GST dilaksanakan.

“Dari segi perkembangan ekonomi tak terjejas pun sebenarnya sejak GST diperkenalkan, kalau ia terkesan kepada peniaga dan pembeli, kita kena lihat sektor perkhidmatan yang mempunyai pertumbuhan yang meningkat bila dilaksanakan GST.

“Sebab itu saya kata ini semua politik sahaja dalam pilihanraya dan GST akan tetap dilaksanakan tak kira siapa menang PRU,” tambahnya mengulas bajet pembangkang yang mahu menghapuskan GST.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 October 2017 12:22 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: